Aktiviti Bersama Rakan Digital PEDi
19 Mac 2022 | Aktiviti Terkini18 Mac 2022, Jumaat – Pengurus PEDi Putrajaya (PEDi Presint 18, PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10) telah mengadakan aktiviti bersama Rakan Digital PEDi dimana membincangkan isu berkaitan aktitviti keusahawanan dan perancangan pada tahun 2022 yang diadakan secara bersemuka di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:30 petang.
Pada sesi kedua, diadakan pengisian latihan mengenai Whatsapp Business merangkumi asas-asas fungsi aplikasi business whatsapp, cara memasuki data-data perniagaan seperti maklumat perniagaan, menhasilkan katalog untuk produk-produk yang akan dijual serta cara menarik lebih ramai pembeli dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Business. Perkongsian maklumat mengenai aplikasi Whatsapp Business disampaikan oleh En. Abu Khalaf, Rakan Digital PEDI Presint 18
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: